Search

[Cinta]

Ketika bercinta cintan, apabila...

  • Share this:

[Cinta]

Ketika bercinta cintan, apabila kekasih hati tersepak batu, diungkapnya;

'Bodoh kau batu. Kenapa kau berada di tengah jalan'

Batu yang tak bernyawa juga disalahkan. Namun setelah berkahwin, apabila si isteri tersepak batu, ungkapannya;

'Kamu ni buta ke apa? Batu yang besar macam tu pun kamu pergi sepak'

...
Begitulah lumrah manusia. Apabila bercinta, segalanya indah-indah belaka. Benarlah pepatah orang Melaka (Bro Lim adalah orang Melaka dan ini pantun favourites-nya) yang berbunyi;

'Apabila cinta melekat, tahi kucing pun rasa cokelat'

Namun sebagai seorang Muslim, cinta yang ingin kita bina mestilah dibina kerana Allah. Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata."
[Sahih al-Bukhari]


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts